Suatu Masa Di DIC (Drug Intervention Community) 11.4.2011

kring..kring..kring.......alarm pada handphone ku berbunyi. Lantas menyedarkanku dari tidur yang agak lena. Memang lena tidur pada malam tu, tilam empuk disertakan dengan bantal yang lembut disediakan oleh pihak pegurusan asrama KIPSAS. Ku kuatkan langkah untuk mengejutkan rakan-rakan yang sedang tidur berselimutkan selimut KIPSAS untuk bangkit segara, kerana bilangan kami ramai namun bilik air cuma ada 2. Untuk mengelakkan kesesakan di bilik air, diantara kami kena bangkit awal untuk mandi. setelah masing-masing memebersihkan diri, lalu kami solat subuh secara berjemaah. Namun kelibat Dr Muz tidak kelihatan di pagi yang dingin itu, beliau solat di Masjid KIPSAS dan bergerak seawal 5.40 pagi dari asrama. Selesai solat, ada yang meneruskan impian untuk mandi air di bilik mandi asrama KIPSAS.

Aku seperti biasa, melabuhkan kepalaku di bantal sekali lagi untuk meneruskan sisa nagantuk yang belum hilang...aku terlelap sekitar 40 minit.Sekitar jam 8, kami bersarapan di cafe KIPSAS. Semasa bersarapan, ada pelajar KIPSAS yang bersarapan sekali bersama kami di cafe. Namun aku tidak sempat berkenalan, kerana mereka duduk agak jauh dari kami. Pandangan mataku sejuk melihat mereka bertudung labuh...hehehehe, memang aku suka pun wanita bertudung labuh, yang mampu tutup aurat DENGAN SEMPURNA...namun ku jaga pandangan mataku..tak boleh tengok lama2, takut dari mata jatuh ke hati...hehehe. Selesai sarapan , tetiba hujan turun dengan lebat. Kami telah diambil oleh pekerja di DIC dengan menaiki van DIC. Mereka berulang alik mengambil kami.....aku antara orang yang terakhir sampai disana.

Kejadian di DIC.


kami diberi taklimat oleh pengurus DIC berkenaan dengan sejarah penubuhan, pentadbiran, kewangan, maklumat penghuni rumah DIC dan banyak lagi perkara berkaitan. Penghuni rumah DIC sangat ramah, walaupun ada dikalangan mereka telah berumur.....kesemua penghuni DIC di Kuantan Pahang adalah lelaki..
Aku cukup tertarik dengan cara pemulihan yang dilakukan oleh pihak DIC. pPemulihan melalui kemasyarakatan. Mereka tinggal dalam satu komuniti yang mempunyai niat yang sama iaitu untu pulih dari ketagihan dadah.. Pemulihan cara DIC tidak menggunakan ubat sebagaimana yang telah dilakukan oleh kebanyakan pusat pemulihan dadah yang lain. Usaha mereka adalah mewujudkan satu persekitaran yang baik dan kondusif untuk membantu penghuni pulih dari segi emosi dan rohani...dari segi pelatih di DIC pula, mereka adalah sukarelawan dikalangan bekas penagih yang telah sembuh. Bila mereka berucap di depan, mereka bagitu pandai menaikkan motivasi pendengar...memang mereka dilatih untuk menjadi motivater bagi peghuni DIC yang lain. Selesai taklimat kami dibenarkan melawat sekitar DIC, kami di benarkan melawat  bilik tidur pelatih. Terpegun melihat kekemasa bilik tidur mereka..sangat kemas, alas tilam yang licin bak lantai yang licin terkena air.....
Kami juga diberi kesempatan untuk menjalankan sesi soal jawab bersama penghuni DIC. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan ada 10-12 orang pelajar. Setiap kumpulan di berikan 2 orang penghuni DIC untuk ditemu duga. Apabila rumusan keseluruhan di buat, rata-rata mereka mula menggunakan najis dadah ini akibat pengaruh daripada kawan. Mereka juga sempat berpesan kepada kami supaya mendidik anak bangsa supaya tidak terlibat dengan najis dadah. 
Kami pulang sekitar jam 2 petang, namun kami sempat berhibur bersama dengan penghuni DIC. Kami diwakili Saudara Shahril Khasin untuk menymbangkan sebuah lagu, iaitu lagu dari AXL, "andai dapat kuundurkan masa".......sedap suara beliau.
Kami berjalan kaki balik ke KIPSAS dan singgah di Masjid KIPSAS untuk menunaikan solat zohor..kemudian kami terus berkemas untuk balik ke Tanjug Malim.......

0 comments:

Post a Comment