Suatu Masa Di DIC (Drug Intervention Community) 10.4.2011
Pahang....kali kedua jejak kaki ke negeri kelahiran Dato Siti Nurhaliza ni..1st time masa ambo semester dua dulu, join KERIS (Kem Remaja Islam), tapi kat dalam hutan sekitar Jerantut. Niat di hati nak tengok Kuantan, kita bnadar yang femes la kat Pahang, namun hasrat tak kesampaian bila kem tu terletak agak jauh dari bandar. Jadi dapat tengok pokok-pokok, rumah-rumah, bukit-bukit pun kira ok jugak la.....
Semester 4, antara pensyarah kesayangan kelas kami, merangkap Ketua Jabatan Psikologi dan Kaunseling UPSI, Dr Haji Mohd Muzaffar Shah telah memberi kami tugasan untuk mengadakan lawatan ke DIC, yang bertempat di Kuantan Pahang. Alangkah gembira dan excitednya hati ambo......hasrat nak tengok Kuantan bakal kesampaian. Ketua kelas, saudara Fendy Rahman Telah bersusah payah menguruskan lawatan tersebut...akhirnya lawatan telah di adakan pada 10 April 2010.
Kami bergerak dari Tanjung Malim tengah hari, tunggu bas kat dalam kampus. Dr Mus pun naik bas bersama kami, beliau duduk dalam bas bersebelahan dengan RAzin, tapi kami naik Van Piaggio kepunyaan UPSI. Alangkah gembira sehingga tidak terkata dan terkira bila kami disuruh menaiki van...hehe. Kami boleh baring-baring, tidur-tidur, dan bergurau senda dengan selesa dalam van. Apa taknya seramai 8 orang pelajar lelaki disuruh naik van. Cukup nyenyak fauzie tidur dalam van.
Lebih kurang 2 jam bergerak, singgah di RnR Temerloh untuk menunaikan solat Asar. Sempat jugak amek gambar..tak banyak 5,6 puluh snap je. Lepas solat kami makan-makan jap, sementara tunggu bas yang membawa rakan ambo sampai. lebih kurang 30 jam kami rehat-rehat kat RnR Temerloh tu. Setelah kekenyangan, kami terus rehat dalam van, kali ni kurang aktif macam sebelumnya. Perjalanan melalui kawasan pergunungan Genting Highland, naik turun bukit. Terasa kerdil diri ambo ini bila melihat gunung-ganang yang terbentang luas ciptaan Allah SWT. Keadaan kabus yang menyelimuti gunung menyebabkan pemandu menutup aircond van, lantas kesejukan menyapa kulit ambo yang lembut ini. Perjalanan melalui lebuh raya "karak" yang dikatakan agak keras sehingga ada penerbit menerbitkan filem bertajuk "KARAK". Sungguh lawak cerita itu, saya tergelak melihat adegan hantu dalam filem tu. Sampai bila bangga Melayu nak maju, asyik-asyik dimomokkan dengan filem hantu. Sampai kanak-kanak kecil pun dah kenal jenis-jenis hantu, lebih kenal dari mereka kenal Allah SWT, Anbiya A.S, Rasul2, Malaikat2 dan Sahabat2 R.A. Jadi kesannya masyarakat kita lebih takut dengan hantu daripada takut dengan Allah.
Berbalik pada perjalanan kami tadi, kira-kira pukul 8 kami sampai ke Kuantan Pahang, tapi kami tak terus ke DIC, kami singgah untuk makan malam dahulu di sekitar Kuantan. Sedap sungguh makanan tadi, maklumlah makan kat restoran ikan bakar a.k.a seafood. Kerang, ikan, tomyam, telur, macam2 kami order. Walaupun agak mahal, tapi tak kisahlah sekali sekala makan ramai2, memang seronok, sampai beronok-ronok dibuatnya. Selesai menjamu selera, kami terus ke KIPSAS (Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah...tak tau betuk ke tak nama ni) Kami disambut oleh seorang brother yang jadi pegurus asrama kat situ. Kipsas terletak bersebelahan je ngan DIC, tu yang kami memilih nak menginap kat situ. Jalan kaki dalam 10 minit sampaila kat DIC. Kami pelajar lelaki diberikan sebuah apartment, bertempat di tingkat 1. Dr Muz pun serumah dengan kami..kami memberikannya satu bilik khas yang paling selesa. Malam tu, banyak aktiviti kami buat dalam apartment sebelum kami tidur, segan pulak nak tulis aktiviti tu....hehe.lepas tu kami pun tidur...Rosli Nafi, i remember what u doing at apartment KIPSAS...hahahaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment