Kawan...

Di malam yang sejuk suam-suam lepas hujan renyai-renyai, tepat pada 11:33 pm, mengikut jam casio silver Hafizuddin (tetamu istimewa rumah saya), maka terterbitlah sebuah blog, 1st blog yang saya bikin...hehehe. Bertempat di bilik utama kediaman 2 orang sahabat, Jal ngan Kud, di bawah kipas angin yang berpusing ligat, 1st post ini telah di tulis. Kenapa Si nembiak tetiba nak terbitkan blog??? Ini jawapannya. Hal ini sangat berkait rapat dengan keinginan si "nembiak" untuk menyampaikan idea dan idealogi melalui keyboard laptop usang, terus di paparkan di alam maya....(9/10 markah untuk jawapan yang skema ni)


Bercakap tentang idea.....sangat banyak idea, dan sangat berbeza antara setiap individu. Idea nak buat "Lemang" yang sedap pun orang selalu berbeza idea. Pak Man kata nak bagi lemang sedap kena bubuh santan banyak, beras pulut kena rendam dalam air 3 jam, Pak Din pulak kata nak buat lemang sedap kena bagi santan yang original, kena amik dari kelapa yang cukup2 tua, pastu beras  pulut jangan rendam lama2...hehe. Skang nampak tak idea nak buat lemang dari dua orang pakar lemang Kepulauan Nusantara ni berbeza.


Si nembiak bukan nak cita pasal idea buat lemang macam Pak Man dan Pak Din, tetapi satu idea yang jarang orang perkatakan, jarang orang bincangkan dan jarang orang fikirkan. Idea apa?? Idea macam mana nak "mengubah manusia"... nampak besar kan idea nak mengubah manusia, memang besar pun, lebih besar daripada mengubah sebuah bukit.


Bila bersembang tentang manusia, umum tahu ada 2 unsur yang membentuk manusia. Unsur pertama ialah jasad. Jasad ni tubuh badan la, sama ada yang luar mahupun dalam badan. Untuk jasad, manusia perlu pada makanan, minuman, tempat berteduh, dan pakaian. Makanan yang dimakan pun perlu ada Garam Mineral, Kabohidrat, Protien dan segala macam Vitamin A sampai Z untuk mengekalkan kesihatan jasad manusia. Bila jasad sihat wal'afiat, maka mudahlah manusia menjalankan aktiviti mereka. Mereka tu termasuklah Si nembiak, kerana beliau juga manusia...(^_^). Minuman pula manusia kena minum air yang bersih dan berkhasiat. Jika minum minuman yang tercemar maka akan memberi kesan pada jasad. Begitu jugak makanan, kena bersih. Perut akan jadi sakit jika makan dan minum makanan yang tercemar, sama ada secara sengaja atau pun tidak disengajakan. Jika terlalu parah mungkin mengakibatkan pemilik perut tadi "check in" di hospital beberapa hari, atau jam. Kalau tak parah sangat mungkin jadi pelawat dan pengujung setia toilet je. Selain itu, manusia juga perlu pada tempat berteduh dan pakaian, kalau tak manusia jadi sejuk, kehujanan atau kepanasan dibawah sinar matahari. Jika keperluan-keperluan jasad  ini tidak mengcukupi maka akan menyebabkan manusia tadi tidak berfungsi sepenuhnya dan tidak dapat menjalankan aktiviti kemanusiaan. Keperluan-keperluan ini yang manusia semua nampak, dan bila manusia nampak ianya berkurangan maka manusia akan berusaha sedaya upaya untuk mencukupinya. Dalam usaha melengkapi keperluan tersebut, manusia telah berkerja siang dan malam, pagi dan petang untuk memenuhi setiap daripada keperluan ini.Kenapa jadi begini?? sebab ianya keperluan yang nampak...


Namun, manusia kadang-kadang lupa, ada satu lagi unsur pada diri manusia ni yang jarang diusahakan. Unsur kedua dalam diri manusia ialah roh manusia.Untuk jasad umum tahu keperluannya, tapi untuk roh ada segelintir sahaja yang tahu keperluan bagi. Roh pun ada makanannya, dan roh pun kena kuat sebagaimana jasad kuat. Kekuatan manusia yang sebenarnya ialah kekuatan pada roh, namun ramai yang tak sedar apakah makanan roh. Nak bagi keROHanian kuat manusia tak boleh lari daripada ajaran agama. Melakukan setiap perintah Allah SWT adalah makanan roh.Bila taat perintah Allah SWT, mengikut cara Baginda Rasulullah SAW, maka kerohanian manusia akan kuat.


Berbalik pada persoalan idea bagaimana mengubah manusia. Memang banyak pendapat bagaimana mengubah manusia, dan semua pendapat tadi ialah betul. Ada idea kata nak ubah manusia kena bagi hukuman yang berat-berat, bagi manusia ni sedar yang dia buat tu salah. Bila kena hukuman, makan manusia akan "serik" nak buat perkara yang sama. Betul ke mereka serik???


Namun idea Si nembiak, manusia akan berubah bila manusia bermotivasi.Masalah sekarang manusia tidak ada motivasi dalam melakukan kebaikan. Kerohanian lemah, makanan untuk roh tak cukup. Tiada keinginan, tiada selera nak buat kebaikan. Memang fitrah kehidupan manusia ni, ada kebaikan yang Allah SWT bagi dalam diri manusia. Walau sejahat manapun manusia tadi, mesti ada secebis kebaikan dalam diri mereka.Maka motivasi perlu untuk mengerakkan lagi manusia melakukan kebaikan. Motivasi perlu dibina, perlu di cari perlu di gilap. Untuk berjaya kena ikut jejak langkah orang berjaya. Cara orang berjaya berfikir, cara orang berjaya menguruskan masa, cara orang berjaya bergaul, cara orang berjaya bekerja, ini semua kita kena tahu. Bagaimana kita nak tahu semua ni??? Antara jalan singkat untuk tahu semua ni ialah bergaul dengan orang berjaya, berkawan dengan orang berjaya, bersahabat dengan orang berjaya. Orang berjaya perlu didekati bukan dijauhi, perlu diikuti bukan didengki, perlu dicontohi bukan dimusuhi. Rasulullah SAW pernah besabda "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk"

0 comments:

Post a Comment