0 comments

Lori Minyak

Ada sebuah lori yang membawa tangki berisi minyak yang penuh...lori tadi telah singgah ke beberapa stesen minyak untuk menyalurkan minyak dari tangki lori ke tangki simpanan setiap stesen minyak. Seetelah mealui perjalanan yang panjang, lori tangki minyak yang membawa minyak itu telah mengisi minyak di sebuah stesen minyakbagi meneruskan perjalanan. Lori tangki minyak telah mengisi minyak....ye, lori yang membawa minyak yang begitu banyak dalam tangki telah mengisi minyak, namun bukan minyak dari tangki yang dibawanya, tetapi minyak dari stesen minyak. 

Begitu juga seorang manusi yang berilmu, yang alim, yang hebat....ada ketika perlu mendengar nasihat orang lain, walaupun orang tadi ialah orang biasa. Seorang cikgu, tak semestinya menolak mentah-mentah cadangan dari muridnya, seorang pengarah syarikat tak semestinya menolak terus idea dari orang bawahan, seorang pemerintah tak semestinya menolak cadangan2 rakyat biasa. As a normal humans, motivasi manusia ada kalanya turun naik, tinggi rendah....walaupun dia seorang pakar motivasi. bagaimana...?? antara jalan singkat ialah bergaul dengan orang yang bermotivasi....
read more
0 comments

Suatu Masa Di DIC (Drug Intervention Community) 11.4.2011

kring..kring..kring.......alarm pada handphone ku berbunyi. Lantas menyedarkanku dari tidur yang agak lena. Memang lena tidur pada malam tu, tilam empuk disertakan dengan bantal yang lembut disediakan oleh pihak pegurusan asrama KIPSAS. Ku kuatkan langkah untuk mengejutkan rakan-rakan yang sedang tidur berselimutkan selimut KIPSAS untuk bangkit segara, kerana bilangan kami ramai namun bilik air cuma ada 2. Untuk mengelakkan kesesakan di bilik air, diantara kami kena bangkit awal untuk mandi. setelah masing-masing memebersihkan diri, lalu kami solat subuh secara berjemaah. Namun kelibat Dr Muz tidak kelihatan di pagi yang dingin itu, beliau solat di Masjid KIPSAS dan bergerak seawal 5.40 pagi dari asrama. Selesai solat, ada yang meneruskan impian untuk mandi air di bilik mandi asrama KIPSAS.

Aku seperti biasa, melabuhkan kepalaku di bantal sekali lagi untuk meneruskan sisa nagantuk yang belum hilang...aku terlelap sekitar 40 minit.Sekitar jam 8, kami bersarapan di cafe KIPSAS. Semasa bersarapan, ada pelajar KIPSAS yang bersarapan sekali bersama kami di cafe. Namun aku tidak sempat berkenalan, kerana mereka duduk agak jauh dari kami. Pandangan mataku sejuk melihat mereka bertudung labuh...hehehehe, memang aku suka pun wanita bertudung labuh, yang mampu tutup aurat DENGAN SEMPURNA...namun ku jaga pandangan mataku..tak boleh tengok lama2, takut dari mata jatuh ke hati...hehehe. Selesai sarapan , tetiba hujan turun dengan lebat. Kami telah diambil oleh pekerja di DIC dengan menaiki van DIC. Mereka berulang alik mengambil kami.....aku antara orang yang terakhir sampai disana.

Kejadian di DIC.


kami diberi taklimat oleh pengurus DIC berkenaan dengan sejarah penubuhan, pentadbiran, kewangan, maklumat penghuni rumah DIC dan banyak lagi perkara berkaitan. Penghuni rumah DIC sangat ramah, walaupun ada dikalangan mereka telah berumur.....kesemua penghuni DIC di Kuantan Pahang adalah lelaki..
Aku cukup tertarik dengan cara pemulihan yang dilakukan oleh pihak DIC. pPemulihan melalui kemasyarakatan. Mereka tinggal dalam satu komuniti yang mempunyai niat yang sama iaitu untu pulih dari ketagihan dadah.. Pemulihan cara DIC tidak menggunakan ubat sebagaimana yang telah dilakukan oleh kebanyakan pusat pemulihan dadah yang lain. Usaha mereka adalah mewujudkan satu persekitaran yang baik dan kondusif untuk membantu penghuni pulih dari segi emosi dan rohani...dari segi pelatih di DIC pula, mereka adalah sukarelawan dikalangan bekas penagih yang telah sembuh. Bila mereka berucap di depan, mereka bagitu pandai menaikkan motivasi pendengar...memang mereka dilatih untuk menjadi motivater bagi peghuni DIC yang lain. Selesai taklimat kami dibenarkan melawat sekitar DIC, kami di benarkan melawat  bilik tidur pelatih. Terpegun melihat kekemasa bilik tidur mereka..sangat kemas, alas tilam yang licin bak lantai yang licin terkena air.....
Kami juga diberi kesempatan untuk menjalankan sesi soal jawab bersama penghuni DIC. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan ada 10-12 orang pelajar. Setiap kumpulan di berikan 2 orang penghuni DIC untuk ditemu duga. Apabila rumusan keseluruhan di buat, rata-rata mereka mula menggunakan najis dadah ini akibat pengaruh daripada kawan. Mereka juga sempat berpesan kepada kami supaya mendidik anak bangsa supaya tidak terlibat dengan najis dadah. 
Kami pulang sekitar jam 2 petang, namun kami sempat berhibur bersama dengan penghuni DIC. Kami diwakili Saudara Shahril Khasin untuk menymbangkan sebuah lagu, iaitu lagu dari AXL, "andai dapat kuundurkan masa".......sedap suara beliau.
Kami berjalan kaki balik ke KIPSAS dan singgah di Masjid KIPSAS untuk menunaikan solat zohor..kemudian kami terus berkemas untuk balik ke Tanjug Malim.......
read more
0 comments

Suatu Masa Di DIC (Drug Intervention Community) 10.4.2011



Pahang....kali kedua jejak kaki ke negeri kelahiran Dato Siti Nurhaliza ni..1st time masa ambo semester dua dulu, join KERIS (Kem Remaja Islam), tapi kat dalam hutan sekitar Jerantut. Niat di hati nak tengok Kuantan, kita bnadar yang femes la kat  Pahang, namun hasrat tak kesampaian bila kem tu terletak agak jauh dari bandar. Jadi dapat tengok pokok-pokok, rumah-rumah, bukit-bukit pun kira ok jugak la.....


Semester 4, antara pensyarah kesayangan kelas kami, merangkap Ketua Jabatan Psikologi dan Kaunseling UPSI, Dr Haji Mohd Muzaffar Shah telah memberi kami tugasan untuk mengadakan lawatan ke DIC, yang bertempat di Kuantan Pahang. Alangkah gembira dan excitednya hati ambo......hasrat nak tengok Kuantan bakal kesampaian. Ketua kelas, saudara Fendy Rahman Telah bersusah payah menguruskan lawatan tersebut...akhirnya lawatan telah di adakan pada 10 April 2010.


Kami bergerak dari Tanjung Malim tengah hari, tunggu bas kat dalam kampus. Dr Mus pun naik bas bersama kami, beliau duduk dalam bas bersebelahan dengan RAzin, tapi kami naik Van Piaggio kepunyaan UPSI. Alangkah gembira sehingga tidak terkata dan terkira bila kami disuruh menaiki van...hehe. Kami boleh baring-baring, tidur-tidur, dan bergurau senda dengan selesa dalam van. Apa taknya seramai 8 orang pelajar lelaki disuruh naik van. Cukup nyenyak fauzie tidur dalam van.






Lebih kurang 2 jam bergerak, singgah di RnR Temerloh untuk menunaikan solat Asar. Sempat jugak amek gambar..tak banyak 5,6 puluh snap je. Lepas solat kami makan-makan jap, sementara tunggu bas yang membawa rakan ambo sampai. lebih kurang 30 jam kami rehat-rehat kat RnR Temerloh tu. Setelah kekenyangan, kami terus rehat dalam van, kali ni kurang aktif macam sebelumnya. Perjalanan melalui kawasan pergunungan Genting Highland, naik turun bukit. Terasa kerdil diri ambo ini bila melihat gunung-ganang yang terbentang luas ciptaan Allah SWT. Keadaan kabus yang menyelimuti gunung menyebabkan pemandu menutup aircond van, lantas kesejukan menyapa kulit ambo yang lembut ini. Perjalanan melalui lebuh raya "karak" yang dikatakan agak keras sehingga ada penerbit menerbitkan filem bertajuk "KARAK". Sungguh lawak cerita itu, saya tergelak melihat adegan hantu dalam filem tu. Sampai bila bangga Melayu nak maju, asyik-asyik dimomokkan dengan filem hantu. Sampai kanak-kanak kecil pun dah kenal jenis-jenis hantu, lebih kenal dari mereka kenal Allah SWT, Anbiya A.S, Rasul2, Malaikat2 dan Sahabat2 R.A. Jadi kesannya masyarakat kita lebih takut dengan hantu daripada takut dengan Allah.


Berbalik pada perjalanan kami tadi, kira-kira pukul 8 kami sampai ke Kuantan Pahang, tapi kami tak terus ke  DIC, kami singgah untuk makan malam dahulu di sekitar Kuantan. Sedap sungguh makanan tadi, maklumlah makan kat restoran ikan bakar a.k.a seafood.  Kerang, ikan, tomyam, telur, macam2 kami order. Walaupun agak mahal, tapi tak kisahlah sekali sekala makan ramai2, memang seronok, sampai beronok-ronok dibuatnya. Selesai menjamu selera, kami terus ke KIPSAS (Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah...tak tau betuk ke tak nama ni) Kami disambut oleh seorang brother yang jadi pegurus asrama kat situ. Kipsas terletak bersebelahan je ngan DIC, tu yang kami memilih nak menginap kat situ. Jalan kaki dalam 10 minit sampaila kat DIC. Kami pelajar lelaki diberikan sebuah apartment, bertempat di tingkat 1. Dr Muz pun serumah dengan kami..kami memberikannya satu bilik khas yang paling selesa. Malam tu, banyak aktiviti kami buat dalam apartment sebelum kami tidur, segan pulak nak tulis aktiviti tu....hehe.lepas tu kami pun tidur...Rosli Nafi, i remember what u doing at apartment KIPSAS...hahahaha
read more
0 comments

Kawan...

Di malam yang sejuk suam-suam lepas hujan renyai-renyai, tepat pada 11:33 pm, mengikut jam casio silver Hafizuddin (tetamu istimewa rumah saya), maka terterbitlah sebuah blog, 1st blog yang saya bikin...hehehe. Bertempat di bilik utama kediaman 2 orang sahabat, Jal ngan Kud, di bawah kipas angin yang berpusing ligat, 1st post ini telah di tulis. Kenapa Si nembiak tetiba nak terbitkan blog??? Ini jawapannya. Hal ini sangat berkait rapat dengan keinginan si "nembiak" untuk menyampaikan idea dan idealogi melalui keyboard laptop usang, terus di paparkan di alam maya....(9/10 markah untuk jawapan yang skema ni)


Bercakap tentang idea.....sangat banyak idea, dan sangat berbeza antara setiap individu. Idea nak buat "Lemang" yang sedap pun orang selalu berbeza idea. Pak Man kata nak bagi lemang sedap kena bubuh santan banyak, beras pulut kena rendam dalam air 3 jam, Pak Din pulak kata nak buat lemang sedap kena bagi santan yang original, kena amik dari kelapa yang cukup2 tua, pastu beras  pulut jangan rendam lama2...hehe. Skang nampak tak idea nak buat lemang dari dua orang pakar lemang Kepulauan Nusantara ni berbeza.


Si nembiak bukan nak cita pasal idea buat lemang macam Pak Man dan Pak Din, tetapi satu idea yang jarang orang perkatakan, jarang orang bincangkan dan jarang orang fikirkan. Idea apa?? Idea macam mana nak "mengubah manusia"... nampak besar kan idea nak mengubah manusia, memang besar pun, lebih besar daripada mengubah sebuah bukit.


Bila bersembang tentang manusia, umum tahu ada 2 unsur yang membentuk manusia. Unsur pertama ialah jasad. Jasad ni tubuh badan la, sama ada yang luar mahupun dalam badan. Untuk jasad, manusia perlu pada makanan, minuman, tempat berteduh, dan pakaian. Makanan yang dimakan pun perlu ada Garam Mineral, Kabohidrat, Protien dan segala macam Vitamin A sampai Z untuk mengekalkan kesihatan jasad manusia. Bila jasad sihat wal'afiat, maka mudahlah manusia menjalankan aktiviti mereka. Mereka tu termasuklah Si nembiak, kerana beliau juga manusia...(^_^). Minuman pula manusia kena minum air yang bersih dan berkhasiat. Jika minum minuman yang tercemar maka akan memberi kesan pada jasad. Begitu jugak makanan, kena bersih. Perut akan jadi sakit jika makan dan minum makanan yang tercemar, sama ada secara sengaja atau pun tidak disengajakan. Jika terlalu parah mungkin mengakibatkan pemilik perut tadi "check in" di hospital beberapa hari, atau jam. Kalau tak parah sangat mungkin jadi pelawat dan pengujung setia toilet je. Selain itu, manusia juga perlu pada tempat berteduh dan pakaian, kalau tak manusia jadi sejuk, kehujanan atau kepanasan dibawah sinar matahari. Jika keperluan-keperluan jasad  ini tidak mengcukupi maka akan menyebabkan manusia tadi tidak berfungsi sepenuhnya dan tidak dapat menjalankan aktiviti kemanusiaan. Keperluan-keperluan ini yang manusia semua nampak, dan bila manusia nampak ianya berkurangan maka manusia akan berusaha sedaya upaya untuk mencukupinya. Dalam usaha melengkapi keperluan tersebut, manusia telah berkerja siang dan malam, pagi dan petang untuk memenuhi setiap daripada keperluan ini.Kenapa jadi begini?? sebab ianya keperluan yang nampak...


Namun, manusia kadang-kadang lupa, ada satu lagi unsur pada diri manusia ni yang jarang diusahakan. Unsur kedua dalam diri manusia ialah roh manusia.Untuk jasad umum tahu keperluannya, tapi untuk roh ada segelintir sahaja yang tahu keperluan bagi. Roh pun ada makanannya, dan roh pun kena kuat sebagaimana jasad kuat. Kekuatan manusia yang sebenarnya ialah kekuatan pada roh, namun ramai yang tak sedar apakah makanan roh. Nak bagi keROHanian kuat manusia tak boleh lari daripada ajaran agama. Melakukan setiap perintah Allah SWT adalah makanan roh.Bila taat perintah Allah SWT, mengikut cara Baginda Rasulullah SAW, maka kerohanian manusia akan kuat.


Berbalik pada persoalan idea bagaimana mengubah manusia. Memang banyak pendapat bagaimana mengubah manusia, dan semua pendapat tadi ialah betul. Ada idea kata nak ubah manusia kena bagi hukuman yang berat-berat, bagi manusia ni sedar yang dia buat tu salah. Bila kena hukuman, makan manusia akan "serik" nak buat perkara yang sama. Betul ke mereka serik???


Namun idea Si nembiak, manusia akan berubah bila manusia bermotivasi.Masalah sekarang manusia tidak ada motivasi dalam melakukan kebaikan. Kerohanian lemah, makanan untuk roh tak cukup. Tiada keinginan, tiada selera nak buat kebaikan. Memang fitrah kehidupan manusia ni, ada kebaikan yang Allah SWT bagi dalam diri manusia. Walau sejahat manapun manusia tadi, mesti ada secebis kebaikan dalam diri mereka.Maka motivasi perlu untuk mengerakkan lagi manusia melakukan kebaikan. Motivasi perlu dibina, perlu di cari perlu di gilap. Untuk berjaya kena ikut jejak langkah orang berjaya. Cara orang berjaya berfikir, cara orang berjaya menguruskan masa, cara orang berjaya bergaul, cara orang berjaya bekerja, ini semua kita kena tahu. Bagaimana kita nak tahu semua ni??? Antara jalan singkat untuk tahu semua ni ialah bergaul dengan orang berjaya, berkawan dengan orang berjaya, bersahabat dengan orang berjaya. Orang berjaya perlu didekati bukan dijauhi, perlu diikuti bukan didengki, perlu dicontohi bukan dimusuhi. Rasulullah SAW pernah besabda "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk"

read more