Puisi Seorang Bapa

PESAN UNTUK ANAK

Anakku...
Jika kau ingin mencari ilmu...
Carilah setinggi yang kau mahu...
Cuma setelah berjaya jangan kau lupa...
Untuk mengamal dan menyampaikannya...
Kerana sebaik-baik orang berilmu...
Mengamalkan apa yang ia tahu...

Anakku...
Jika kau ingin mencari harta...
Carilah sebanyak mana yang terdaya...
Cuma setelah berjaya jangan pula kau lupa...
Untuk berzakat dan bersedekah...
Kerana sebaik-baik orang yang hidup mewah...
Ialah yang kaya hati dan pemurah...

Kerana ilmu dan harta...
Hidup amat memerlukannya...
Kejarlah ia sedaya upaya...
Ayah tidak akan melarangnya...
Cuma jangan sampai kau tidak ingat...
Akan bahagiamu di akhirat...
Kerana sebaik-baik orang yang berusaha
untuk hidupnya...
Ialah orang yang juga berusaha untuk
matinya...

0 comments:

Post a Comment