Lori Minyak

Ada sebuah lori yang membawa tangki berisi minyak yang penuh...lori tadi telah singgah ke beberapa stesen minyak untuk menyalurkan minyak dari tangki lori ke tangki simpanan setiap stesen minyak. Seetelah mealui perjalanan yang panjang, lori tangki minyak yang membawa minyak itu telah mengisi minyak di sebuah stesen minyakbagi meneruskan perjalanan. Lori tangki minyak telah mengisi minyak....ye, lori yang membawa minyak yang begitu banyak dalam tangki telah mengisi minyak, namun bukan minyak dari tangki yang dibawanya, tetapi minyak dari stesen minyak. 

Begitu juga seorang manusi yang berilmu, yang alim, yang hebat....ada ketika perlu mendengar nasihat orang lain, walaupun orang tadi ialah orang biasa. Seorang cikgu, tak semestinya menolak mentah-mentah cadangan dari muridnya, seorang pengarah syarikat tak semestinya menolak terus idea dari orang bawahan, seorang pemerintah tak semestinya menolak cadangan2 rakyat biasa. As a normal humans, motivasi manusia ada kalanya turun naik, tinggi rendah....walaupun dia seorang pakar motivasi. bagaimana...?? antara jalan singkat ialah bergaul dengan orang yang bermotivasi....

0 comments:

Post a Comment